Sunday, July 12, 2009

kata hati

hati aku bisu, sentiasa bisu.
aku tidak mahu ia terjerit, terlolong..
meminta-minta, menagih dan merayu.
aku lebih rela ia diam membisu.

sebenarnya ku mahukan hati aku ini berkata-kata.
sebenar-benar kata tentang dunia.
tentang dunia aku dan dunia dia.
tentang sakit dan sengsara.
tentang neraka.

aku membiarkan gundah dan perit.
terdiam dalam hati.
kerna hati ku ini neraka.
neraka yang membahagiakan.
bahagia dunia aku dan dia.

No comments:

Post a Comment