Showing posts with label poetry. Show all posts
Showing posts with label poetry. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

hati

jiwa kadang kala susah.
susah mengertikan apa yang tersirat, apa yang tersurat.
kata hati selalu disembunyi.
jadi bagaimana harus aku untuk mengerti?
seharusnya, berikanlah masa.

takdir dan waktu.
qada' dan qadar.
apa yang sudah tertulis.
mungkin akan tiba hari nanti.
jika hati ini untuk dia.
selamanya.

Thursday, November 26, 2009

aku.dan.sesal


aku tak pernah serik.aku juga tidak pernah puas.
kenakalan tidak selalunya keseronokan.
intipati hidup aku hanyalah dunia.
aku ingin merasai semuanya.

jadi tinggalkan syurga.tinggalkan agama.
sahabatkan syaitan.akulah durjana.

sedarkan aku.
sujudkan aku.rukukkan aku.
semoga pintu taubat masih terbuka untukku.

.

Sunday, July 12, 2009

kata hati

hati aku bisu, sentiasa bisu.
aku tidak mahu ia terjerit, terlolong..
meminta-minta, menagih dan merayu.
aku lebih rela ia diam membisu.

sebenarnya ku mahukan hati aku ini berkata-kata.
sebenar-benar kata tentang dunia.
tentang dunia aku dan dunia dia.
tentang sakit dan sengsara.
tentang neraka.

aku membiarkan gundah dan perit.
terdiam dalam hati.
kerna hati ku ini neraka.
neraka yang membahagiakan.
bahagia dunia aku dan dia.

Monday, May 25, 2009

i am nothing


early this year i got
rejected.
then last month i rejected others.
its awkward how life can turn around so quickly.
then theres her.
suddenly appear wihout notice.
maybe she is just a passerby.
comin through my heart.
mybe that's will things turn out to be.
mybe bcoz i am hollow.
i am nothing.

Thursday, May 14, 2009

masa-masa

1 minggu = 7 hari = 68 jam.

sungguh cepat masa berlalu.
rase seperti baru kelmarin aku ke tadika.
seperti baru semalam aku belajar menaiki basikal.

sudah 22tahun aku hidup di dunia ni.
tapi dirasakan seperti baru 22hari.
mungkin 22miggu lagi aku di dunia.
mungkin juga 22tahun.

oh tuhan.
memang aku sudah lalai.



Tuesday, April 28, 2009

diri aku.

aku sensitif. kadang-kala.
aku sangat suka mencarut.
aku juga suka mengarut.

skarang aku tak mengikut gerak hati.
bukan seperti dulu.
aku sudah banyak berubah.
mungkin tak ramai yang tau.
rahsia yang perlu disimpan.
mungkin skarang aku sudah menjadi setan.